hye ! welcome to my blog ! :D

Gambar Kreatif Dari Perspektif Berbeza


Koleksi pelbagai gambar yang diambil dari perspektif berbeza bagi menghasilkan gambar yang sangat menarik dan kreatif. :)












Tanda - Tanda Anda Di Lamun Cinta ~


Cinta ini buta. Cinta tidak mengenal usia, rupa dan harta seseorang. Tetapi adakah anda tahu bagaimana mengetahui seseorang itu di lamun cinta?

Tanda-Tanda Di Lamun Cinta :

1. Anda berasa diri anda dengan si dia sangat serasi. Anda mula berkongsi minat dengan dia walaupun pada awalnya kamu tidak menyukainya.

2. Gerak gerinya sentiasa bermain di fikiran anda. Senyumannya membuatkan anda berasa bahagia.

3. Anda sentiasa membuat sesuatu yang dapat menarik perhatiannya dan anda sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatiannya walaupun memalukan diri anda.

4. Walaupun orang lain sentiasa memberitahu perkara-perkara negatif tentang si dia tapi anda tidak menghiraukannya. Di mata anda, si dia seorang yang sangat sempurna.

5. Walaupun anda tidak dilayannya tapi anda tidak kisah. Anda makin cuba untuk mendekatinya walaupun sudah banyak kali dimarahinya.

6. Anda berasa tenang apabila anda dapate berkongsi masalah hidup anda dengan si dia.

7. Anda selalu mengalamun dan tidak dapat fokus membuat kerja anda kerana di fikiran anda hanya ada si dia sahaja.

8. Anda sentiasa mencari alasan untuk dapat berbual atau bersua muka dengan si dia.

9. Bayangannya sentiasa timbul dimana-mana sahaja. Sehinggakan anda mula menjauhi rakan-rakan anda kerana terlalu sibuk mengejar bayang si dia.

10. Perasaan sayang terhadapnya mula timbul. Walaupun si dia hanya digigit nyamuk anda berasa tersangat risau.

Sebab Lelaki Menangis ~



1. Tengok drama/movie

Kadangkala lelaki ni pun boleh tangkap jiwang juga bila tengok cerita cinta yang sedih. Macam cerita Mohabbatein tu, alah. Time Aishwarya Rai bunuh diri tu. Lelaki pun ada nangis juga. Ni kira lelaki tangkap jiwang habis la. hehe. Tak pun cerita One Liter Of Tears (Jepun).


2. Putus cinta


Biasanya jumpa lelaki yang cool je bila putus cinta. Bukan cool sebab tak rasa apa-apa, tapi masih berjaya mengawal emosinya.

3. Kehilangan orang tersayang


This one sangat diterima akal lah kan. Insan terdekat seperti ibu bapa, adik beradik, isteri atau kekasih hati sekalipun pergi, pasti akan menangis juga.

4. Ketawa sampai menangis


Hah. Yang ini pun boleh jadi juga. Kelakar sangat agaknya sampai tergolek-golek dan mengalir air mata.

5. Depress sangat


Contoh stress nye, dah jadi pemimpin keluarga. Anak pulak sepuluh orang. Tiba-tiba syarikat buat hal, ekonomi jadi tak menentu. Hati suami mana yang tak hancur tengok anak isteri terpaksa bersusah kan? Eceh.. hehe

6. Mengecapi kejayaan


Berjaya me'repair jam loceng yang rosak. Hooray! 

7. Tengok orang susah


Wah.. lembut betul hati lelaki macam ni. Biasanya lelaki begini penyayang orangnya. 

8. Bertumbuk sampai menangis


Awal bergaduh memang masing-masing tunjuk terer. Tapi belakang-belakang, lepas tu menangis juga. Jangan nak deny, pernah jumpa ok..



9. Team favourite kalah dalam football match

Contohnya peminat fanatik Manchester United la. Kalau dah tak biasa kalah tu, tiba-tiba kalah. Betul-betul mengganggu emosi. Fan Arsenal bukan tak menangis sebab dah biasa kalah, tapi sebab kami ni memang cool. 

10. Menangis kerana-Nya


Duduk di tikar sembahyang, mengenang dosa lalu. Menyedari kerdilnya diri di hadapan-Nya. Hah, kan kalau dengar kaset bacaan Quran pun boleh dengar kadang-kadang orang yang baca tu menangis. Sebab dia faham isinya~


Tapi apa pun, lelaki juga boleh menangis. Mengapa tidak. Mereka juga punya perasaan bukan? 

Tips Mengubat Hati Yang Luka ~ :'(




1. Disiplinkan Diri Untuk Lupakan Kenangan Pahit 
-  Mengaku saja yang anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Anda perlu kikiskan fikiran itu dan jangan terbawa-bawa dengan emosi yang lalu. Mulai sekarang, tekad untuk melupakan semua itu. Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan,  dan rakan-rakan.  Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetap lakukan satu persatu dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Jangan Asyik Risau 
– Ada 2 kesan dari sikap risau ini. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Rajin Bersyukur 
– Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Bersyukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur.  Anda ada kawan rapat yang memahami anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Lakukan sebanyak mungkin setiap hari.

4. Mesti Memaafkan Orang 
– Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tidak puas hati, dendam, dan busuk hati). Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu.  Mungkin anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram.

5. Ketawa 
- Ketawa bukan dibuat-buat, tetapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan anda boleh ketawa?

6. Ubah Fikiran 
– Anda tidak boleh merubah situasi yang boleh membuat anda kecewa, sedih dan murung. Tetapi, anda boleh merubah fikiran anda dan apa yang anda fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh “tarik” semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, anda dapat yang buruk. Ini hukum alam dan dinamakan Hukum Sebab dan Akibat.

7. Hati Mesti Keras 
- Bukan keras sembarangan. Maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah s.w.t. menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tetapi balasan pada perbuatan-perbuatan kita di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba imbas kembali kejahatan kecil yang kita lakukan pada orang lain. Mungkin ada walaupun kita tidak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks dan jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri,  ini adalah hari yang baru untuk anda.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Hebat !! Lukisan Kapur 3D jalanan oleh Julian Beever ~


Julian Beever ni banyak melukis lukisan jalanan yang memang nampak macam real dengan hanya menggunakan kapur.


antara hasil seni beliau :



















Mcm mana ? mengagumkan bukan ? :)


13 Tanda Anda Jatuh Cinta ~


Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

19 tanda lelaki jatuh cinta ~


Anda sepatutnya mampu untuk mengesan sekiranya seseorang lelaki jatuh cinta dengan sedikit pemerhatian terhadap tingkahlaku mereka. Ia kerana mereka akan meninggalkan tanda yang ketara untuk meluahkan perasaan mereka walaupun tanpa kata-kata. Antara tanda-tanda sekiranya lelaki jatuh cinta ialah……..
(1) Mereka senyum kepada anda. (terlalu banyak senyuman yang diberikan)
(2) Mereka gelak dengan lawak jenaka anda. (walaupun lawak yang anda sampaikan sebenarnya tidak lawak)
(3) Mereka pertahankan anda daripada orang lain.
(4) Mereka bertanyakan soalan mengenai kehidupan anda.
(5) Mereka merenung anda secara sembunyi.
(6) Mereka akan gagap apabila bercakap berhadapan dengan anda.
(7) Mereka gemar untuk menyebut nama anda.
(8) Mereka memanggil anda dengan nama gelaran yang manja.
(9) Mereka akan mengajak anda keluar.
(10) Mereka akan menelefon atau mesej anda setiap hari.
(11) Mereka akan berperwatakan lebih matang dan menghormati orang lain apabila anda berada dihadapan mereka.
(12) Mereka akan memuji penampilan anda.
(13) Apabila mereka berusaha melakukan lawak jenaka, reaksi anda adalah yang pertama mereka akan lihat.
(14) Mereka sentiasa berusaha untuk bersama dengan anda seperti didalam kumpulan, kelas atau sebagainya.
(15) Mereka bertanyakan rakan anda soalan mengenai diri anda.
(16) Mereka bertanyakan pandangan anda mengenai lelaki lain.
(17) Mereka meminta nasihat anda mengenai wanita lain.
(18) Mereka mengingati semua perkara mengenai diri anda.
(19) Mereka berjenaka untuk mengetahui status diri anda yang sebenar.