hye ! welcome to my blog ! :D

Sebab Lelaki Menangis ~



1. Tengok drama/movie

Kadangkala lelaki ni pun boleh tangkap jiwang juga bila tengok cerita cinta yang sedih. Macam cerita Mohabbatein tu, alah. Time Aishwarya Rai bunuh diri tu. Lelaki pun ada nangis juga. Ni kira lelaki tangkap jiwang habis la. hehe. Tak pun cerita One Liter Of Tears (Jepun).


2. Putus cinta


Biasanya jumpa lelaki yang cool je bila putus cinta. Bukan cool sebab tak rasa apa-apa, tapi masih berjaya mengawal emosinya.

3. Kehilangan orang tersayang


This one sangat diterima akal lah kan. Insan terdekat seperti ibu bapa, adik beradik, isteri atau kekasih hati sekalipun pergi, pasti akan menangis juga.

4. Ketawa sampai menangis


Hah. Yang ini pun boleh jadi juga. Kelakar sangat agaknya sampai tergolek-golek dan mengalir air mata.

5. Depress sangat


Contoh stress nye, dah jadi pemimpin keluarga. Anak pulak sepuluh orang. Tiba-tiba syarikat buat hal, ekonomi jadi tak menentu. Hati suami mana yang tak hancur tengok anak isteri terpaksa bersusah kan? Eceh.. hehe

6. Mengecapi kejayaan


Berjaya me'repair jam loceng yang rosak. Hooray! 

7. Tengok orang susah


Wah.. lembut betul hati lelaki macam ni. Biasanya lelaki begini penyayang orangnya. 

8. Bertumbuk sampai menangis


Awal bergaduh memang masing-masing tunjuk terer. Tapi belakang-belakang, lepas tu menangis juga. Jangan nak deny, pernah jumpa ok..



9. Team favourite kalah dalam football match

Contohnya peminat fanatik Manchester United la. Kalau dah tak biasa kalah tu, tiba-tiba kalah. Betul-betul mengganggu emosi. Fan Arsenal bukan tak menangis sebab dah biasa kalah, tapi sebab kami ni memang cool. 

10. Menangis kerana-Nya


Duduk di tikar sembahyang, mengenang dosa lalu. Menyedari kerdilnya diri di hadapan-Nya. Hah, kan kalau dengar kaset bacaan Quran pun boleh dengar kadang-kadang orang yang baca tu menangis. Sebab dia faham isinya~


Tapi apa pun, lelaki juga boleh menangis. Mengapa tidak. Mereka juga punya perasaan bukan? 

No comments: